Paparan lebih sesuai menggunakan layaran [ Mozilla Firefox / Google Chrome ] dengan resolusi 1024 x 768. Jumlah halaman web dilihat: 60,823 kali.image clock - Khamis, 23 Oktober 2014 [ PENTING! - SYARAT-SYARAT & PERATURAN KELAB ] [ hubungi kami ]

Liga Bolasepak Tunas Lagenda 2014.

Bertarikh 2 Oktober, 2014 oleh Mohamad Imran.

 

.

Berakhir sudah cabaran Liga Tunas Lagenda (TLFC) 2014 yang telah diadakan sebanyak 2 siri pada musim ini. Objektif utama penganjuran Liga ini adalah untuk memberi peluang kepada semua pemain-pemain umur 6 hingga 15 tahun - Akademi Bolasepak Tunas Lagenda untuk menimba pengalaman bermain dalam perlawanan kompetitif. Keputusan perlawanan tidaklah begitu dititikberatkan tetapi pendedahan & kemunculan bakat baru pemain-pemain telah dikesan untuk diserapkan ke dalam pasukan utama Kelab Bolasepak Tunas Lagenda.

Hasil mesyuarat antara semua pengurus pasukan dan pengurusan TLFC, maka berikut adalah keputusan serta kedudukan semua pasukan mengikut kategori Liga TLFC 2014 yang telah dipersetujui sebulat suara.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang hadiah juara, naib juara dan tempat ketiga setiap kategori. Sijil penyertaan akan diberikan kepada kesemua pasukan yang bertanding.

Majlis penyampaian sijil dan hadiah Liga TLFC akan disampaikan ketika Kejohanan Piala Tunas Lagenda TLFC 2014 yang bakal diadakan pada pertengahan bulan November nanti.

Kami mewakili pihak penganjur & pengurusan TLFC meohon jutaan kemaafan di atas segala kekurangan yang telah berlaku sepanjang siri Liga TLFC tahun ini. Kami telah melakukan post-mortem dan akan melakukan yang lebih baik untuk Kejohanan Piala TLFC nanti dan juga pertandingan-pertandingan di masa akan datang. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemain, jurulatih, ibubapa/penjaga, individu2 dan kumpulan yang menyokong perjalanan Liga TLFC tahun ini.

Terima kasih & majulah bolasepak Tunas Lagenda untuk negara!

Selamat pengantin baru Coach Faez!

Bertarikh 15 September 2014 oleh Zailani.

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Pengurus Akademi Bolasepak TL Bandar Kinrara Puchong - Coach Mohd Faezie Faez yang telah menamatkan zaman bujangnya. Kami mewakili keluarga TLFC mengucapkan semoga berbahgia ke anak cucu & diberkati dunia & akhirat, Ameen

 


Pasukan U16 KBTL - Liga 1MCC 2014 Divisyen Dua

Bertarikh 6 Ogos, 2014 oleh Norkhairilnizan Azimbazri.

Perhatian...

Tidak lewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, kepada semua ahli kelab TLFC, Pemain2 TLFC, Ibubapa, Coaches dan semua yang terlibat dalam TLFC.

Untuk pengetahuan semua, setelah mencuba beberapa kali sebelum ini, maka pada tahun ini, satu lembaran baru tercipta dalam sejarah TLFC apabila kita telah diterima untuk menyertai Liga 1MCC untuk Bawah 16 tahun. Walaupun akan bermain di dalam Liga Divisyen 2, namun persediaan pasukan untuk U16 ini telah lama diadakan, terutamanya pada Kejohanan LIga Suntrack Bawah 16 tahun pada bulan Jun yang lepas di mana pasukan ini berjaya menduduki tempat ke-3.

Walaubagaimanapun, pasukan perlu diperkuatkan lagi dan juga untuk member peluang pemain-pemain yang tidak terpilih ke kejohanan Liga Suntrack. Pemain-pemain yang telah terpilih bagi kejohanan Liga Suntrack juga perlu bersaing untuk mendapatkan tempat bagi Liga 1MCC U16 2014.

Jangan lepaskan peluang ini... Jumpa di padang nanti.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Yang benar,

Coach Choe
Setiausaha Agung TLFC

 

PEMAIN U16 YG TERPILIH UNTUK MEWAKILI KBTL DALAM LIGA 1MCC! TAHNIAH!

Perlis U12 Invitational Cup 2014

Bertarikh 17 September 2014 oleh Norkhairilnizan Azimbazri.

Alhamdulillah, kita telah selesai menyertai kejohanan tersebut. Walaupun dibarisi dengan pemain2 baru (bolehlah dikenali sebagai team C TLFC U12), yang datang dari akademi dan tidak pernah berlatih di pusat (sebahagian dari mereka), telah menunjukkan prestasi dan komitmen yg tinggi. berikut adalah keputusan Team C TLFC U12 di kejohanan tersebut:

Peringkat Kumpulan
TLFC C vs Akademi Tunas Kedah - menang 1- 0
TLFC C vs Akademi T- Team - seri 1- 1
TLFC C vs Bintang Biru Penang - seri 2- 2

TLFC C muncul juara kumpulan A dan layak ke suku akhir bertemu Akademi Tunas Perlis. Kita tewas 0- 1 dengan mereka. Akademi Tunas ini (Kedah dan Perlis) merupakan pasukan Pelan Pembangunan Bolasepak Negara yang dibarisi oleh pemain2 yang terpilih utk Program Pembangunan Bolasepak Negara peringkat negeri.

Walaupon pada awalnya kita menghadapi masalah dalam membentuk pasukan utk kejohanan ini, tetapi dgn kerjasama yang mantap daripada semua Pusat Akademi kita, komitmen yg tinggi daripada semua jurulatih TLFC dan ibu bapa pemain, maka syukur Alhamdulillah, kita dapat bentuk satu pasukan dan bersaing dengan memberi tentangan yang hebat tanpa memperdulikan siapa lawan kita.

Walaupun begitu, pemain perlu meneruskan latihan di akademi masing2 untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Bagi pihak kelab, saya ingin mengucapkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa pemain yang terlibat, jurulatih pengiring iaitu Coach Bakri, Coach Wan, Coach Kamal dan Coach Thana dalam menjayakan aktiviti ini.

Syabas dan tahniah!

Sekian.

Coach Choe

Senarai pemain yg terpilih:

1 MUHAMMAD ZUBIR BIN ZAIHAN(GK)
2 MUHAMMAD ADAM IQMAL BIN NOR ASRI
3 SAIFULLAH BIN RAHMAT
4 AHMAD AMIRUL BIN AHMAD ZAKIMI
5 MOHAMMAD FARISZUDIN BIN KAMARUZAMAN
6 MOHAMMAD ASYRAF HAKIM BIN RAMLI
7 SYAZFITRI BIN SHAHARUDIN
8 AHMAD AZLAN BIN RASYID
9 MUHAMMAD HUZAIM FAHMI BIN ASRI
10 AZIM AZIMAN BIN MOHD RAFEE
11 MUHAMMAD HAKIM BIN ZAHIM
12 FIRAS FAIQ AHMAD FARID
13 AHMAD ILHAM BIN MAIZUDDIN
14 MUHAMMAD AFIF SABIRIN BIN MOHD RAZI
15 AIYUBI SOLAHUDDIN BIN MUHD NASARUDIN

 


Perutusan Tahun Baru 2014 oleh S/U Agung KBTL

Bertarikh 9 Januari, 2014 oleh Norkhairilnizan Azimbazri.

Salam Semua...

Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga TLFC, semoga dengan datangnya tahun baru ini, selain daripada umur kita semakin meningkat, diharapkan juga kematangan, keimanan dan juga kesungguhan kita juga turut meningkat demi mencapai azam atau cita-cita yang kita rancangkan.

2013 sudah pergi meninggalkan kita. Pelbagai kenangan, pahit dan manis yang kita tempuh. Ada kenangan yang kita tak dapat nak lupakan... ada juga kenangan yang sengaja kita lupakan... namun, dengan kehadiran tahun 2014 ini, diharapkan agar kita semua, dapat bersatu-padu dan berkerjasama dalam menjayakan misi dan objektif TLFC.

Sekalung tahniah diucapkan kepada ibu bapa yang mana anak-anak mereka dan juga merupakan pemain TLFC, terutamanya skuad Bawah 12 tahun 2013, yang berjaya terpilih untuk melanjutkan pelajaran dan latihan bolasepak di Sekolah Sukan Malaysia dan juga Sekolah Sukan Negeri, juga tidak ketinggalan di sekolah-sekolah dibawah Program Pembangunan Bolasepak Negara Peringkat Daerah dan di mana-mana sahaja. Dan untuk pengetahuan semua, semenjak penubuhan TLFC hinggalah yang terbaru ini, seramai lebih 30 pemain telah berjaya menempatkan diri dalam Program tersebut. Syabas!

2014 telah tiba. Walaupun TLFC ini masih setahun jagung, masih kurang pengalaman, ditambah pula dengan wujudnya beberapa masalah-masalah sebelum ini yang biasa berlaku di dalam mana-mana kelab, namun, perjuangan mesti diteruskan... Kita akan bergerak kehadapan. Saya secara peribadi amat menyanjung tinggi komitmen yang diberikan oleh ibu bapa dan pemain terhadap TLFC. Pihak Pengurusan akan cuba sedaya upaya untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk ahli-ahli. Walaupun kita menghadapi beberapa masalah besar, terutamanya di penghujung tahun lepas, marilah kita melupakannya dengan menfokuskan strategi dan melaksanakan perancangan yang dibuat.

Bagi tahun ini, fokus kita akan tertumpu kepada aspek kejurulatihan yang mana 'quality of coaching' akan dititikberatkan. Sehubungan dengan itu, perancangan Ketua Jurulatih TLFC akan menjurus kepada aspek latihan di pusat latihan. Dan untuk pengetahuan semua, sebagai langkah pertama untuk mencapai objektif tersebut, bermula tahun ini, kemungkinan, Pusat Latihan sedia ada sekarang akan bernaung terus di bawah TLFC dan bukan dibawah Akademi Bolasepak Kelab Nuri dan akan diuruskan sendiri oleh TLFC ( ini disebabkan kerana permintaan Pengurus-pengurus Pusat Latihan sebelum ini). Sekiranya perkara ini dipersetujui, maka TLFC akan memiliki Akademi Bolasepaknya sendiri.

Akhir kata,

Pedulikan apa orang nak kata, lupakan masalah-masalah yang lepas, marilah kita semua, bersama-sama berganding bahu, sama-sama kita berjalan, sama-sama kita berlari, sama-sama kita berdoa, untuk mencapai cita-cita kita semua, terutamanya objektif TLFC untuk melahirkan Lagenda Bolasepak Malaysia suatu hari nanti. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Coach Choe
Setiausaha Agung TLFC

 

 

Liga 1MCC Bawah 12 Tahun - Lembah Klang 2014.

Info terkini 28 April 2014 oleh Mohamad Imran:-

Pasukan Kelab Bolasepak Tunas Lagenda (KBTL) - TLFC I - mereka telah layak ke perlawanan akhir Liga 1MCC 2014 setelah menewaskan lawan pada peringkat suku akhir & separuh akhir, kedua-duanya menang melalui penentuan sepakan penalti! Namun begitu pada "Final" yang pertamakali dalam pertandingan berprestij sebegini, KBTL tidak mampu bertahan dan terpaksa akur dengan status Naib Juara sahaja. Apapun tahniah buat semua pemain KBTL, ini adalah rekod cemerlang yang telah dilakarkan oleh kelab sejak penubuhannya pada dua tahun lalu (2012).

 

Sementara itu bagi pasukan TLFC II (Kelab Bolasepak Anak Kalumpang), mereka telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir sebelum tewas dengan 1 jaringan tunggal sahaja. Namun begitu, seorang pemain TLFC II telah terpilih sebagai Pemain Muda Terbaik Divisyen Dua 1MCC Zon Lembah Klang 2014, iaitu Syazfitri Shaharudin yang baru berusia 11 tahun. Tahniah! Semoga lebih maju jaya lagi untuk masa hadapan buat semua pemain TLFC!

 

Berita bertarikh 11 Februari 2014 oleh Thanaraj Gunalan.

Liga 1MCC untuk kategori umur Bawah 12 tahun 2014 akan dijadualkan bermula pada hujung minggu ini 15 dan 16 Februari 2014 di Padang A dan B UPM Serdang. Pada kejohanan tahun ini, sedikit kelainan telah dibuat di mana tahun ini, KBTL telah bekerjasama dengan Kelab Bolasepak Anak Kalumpang (KBAK) untuk menyertai kedua-dua Divisyen. KBTL / TLFC akan bermain di liga Divisyen 1 dan KB Anak Kalumpang akan bermain di liga Divisyen 2.

TLFC telah menghantar dua pasukan untuk liga 1MCC tahun ini. Team A menggunakan nama KBTL (divisyen 1) dan Team B menggunakan nama KBAK (divisyen 2). Untuk Team B, KBAK telah berbesar hati untuk bekerjasama dengan TLFC dengan memberi peluang kepada pemain2 TLFC yang tidak terpilih dalam Team A untuk sama bermain dalam kejohanan tahun ini.

TLFC mengucapkan ribuan terima kasih kepada KBAK, yang memberi peluang kepada TLFC untuk membenarkan pemain2 TLFC Team B bersama menyertai Liga 1MCC walaupun bermain di Divisyen 2 dan menggunakan nama KB Anak Kalumpang. Semoga semuanya diberkati dan Good Luck Lads...!!

Jadual Liga 1MCC-Yamaha 2014 Bawah 12 Tahun - Pasukan KBTL & KBTL II.

Pegawai Pasukan untuk pasukan U12 1MCC 2014

Kelab Bolasepak Tunas Lagenda:-

Pengurus Pasukan : Coach Thana
Pen. Pengurus Pasukan : Coach Choe
Ketua Jurulatih : Coach Wan Bo
Pen Jurulatih : Coach Bakri
Physio/Kitman : Coach Kamal

 

Kelab Bolasepak Anak Kalumpang:-

Pengurus Pasukan : Coach Idwan Shah

Ketua Jurulatih : Coach Kuzairy
Physio/Kitman : Coach Alex

 

Terima kasih kepada penaja kita di atas sumbangan DUA set jersi dan pakaian utk pegawai pasukan Tunas Lagenda!

Liga 1MCC U14 DIVISYEN SATU LEMBAH KLANG 2014.

Bertarikh 3 Mei 2014 oleh Mohamad Imran.

Setelah tamat Liga 1MCC bagi peringkat umur bawah 12 tahun, kini kategori U14 pula terus dijalankan setelah tamat perlawanan akhir U12.

Sekali lagi TLFC menghantar pasukan utama U14: KBTL dan bekerjasama dengan KB Anak Kalumpang dengan gabungan pemain barisan kedua TLFC dan pemain KBAK sendiri. Lebih menarik, kedua-dua pasukan KBTL & KBAK bakal bermain dalam liga yang sama - Divisyen Satu 2014.

Kita turut bersyukur kerana pihak UNISPORT sudi menaja DUA set jersi pasukan KBTL.

Terima kasih & majulah bolasepak Tunas Lagenda untuk negara! Berikut adalah jadual serta foto pasukan TLFC I & II!

Berdiri dari kiri: Nazmi Aznam, Farhan Fadzly Paan, Hamzah Alang, Aiman Safiudin, Nabil Iman, Luqman Zamzuri, Hafiz Zairol, Khairul Rizal Apeknip, Naqiudin Adly, Hafizudin Udin, Hairulnaim.

Duduk dari kiri: Ikmal Hisyam, Reez Faizal, Aiman Arifin, Harith Paktam, Raja Iman, Aidil Izzat, Syamin Salleh, Syazmil Ilham.

Pasukan Kelab Bolasepak Anak Kalumpang U14 - 2014. (TLFC II)

 

Sementara itu, dalam Liga 1MCC U14 Zon Pantai Timur 2014, pasukan KTBL Pahang telah berjaya menduduki tempat ke-4. Tahniah!

Berita Bolasepak 2014.

Bertarikh 3 March, 2014 oleh Mohamad Imran.

Artikel terkini: "Ilmu-ilmu Kejurulatihan". klik di [ sini ].

Kami mengalu-alukan segala informasi & berita terkini bolasepak dalam atau luar negara untuk percambahan minda & penambahan pengetahuan kita semua. Sila rujuk di [ sini ] untuk berita / info bolasepak negara sejak 2012.

Terima kasih & majulah bolasepak untuk negara!

 

(TOP PAGE)

Arkib Aktiviti TLFC..

[ Baca lagi .. ]

Kenali: Bakri Ibni

".... rupa-rupanya beliau ialah pemain bola era 70-an dan 80-an, dan beliau juga anggota kesebelasan utama yang melakar kemenangan sensasi 2-1 ke atas Korea Selatan, sekaligus layak ke Olimpik 1980 di Moscow.


Lebih menarik, Bakri adalah salah seorang penjaring gol dalam nostalgia 6 April 1980 di Stadium Merdeka yang masih menjadi sebutan sehinggalah hari ini...."

[ Baca lagi .. ]

Hubungi

Kelab Bolasepak Tunas Lagenda Shah Alam (5194/2012)
No 51, Jalan Kayak 13/25,
Seksyen 13,
40000 Shah Alam,
Selangor D.E.



H/P: 017 667 6364 (Imran).


Email:
nangjue [@] yahoo [dot] com (Imran)
                                                        (TOP PAGE)